DMH Software



Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas minat anda terhadap perisian ini.
Sebenarnya, perisian ini adalah naiktaraf perisian DMH-Jaws yang telah digunakan oleh banyak sekolah di Malaysia.
Antara perubahan ketara yang terdapat dalam Winjaws berbanding dengan DMH-Jaws adalah
  • Operating System :Winjaws adalah perisian yang ditulis untuk Windows Operating System manakala DMH-Jaws ditulis untuk DOS. Oleh itu Winjaws adalah lebih mesra pengguna dan menggunakan banyak GUIs (Guided User Interfaces) sepertimana yang terdapat di dalam kebanyakan perisian Windows.
  • Pangkalan Data :Pangkalan data yang digunakan dalam DMH-Jaws adalah dari jenis 'flat files' tetapi untuk Winjaws kami telah memperkenalkan RDBMS (Relational Database Management System) melalui penggunaaan pangkalan data Microsoft Access. Seperti yang anda sedia maklum, sewaktu anda menggunakan DMH-Jaws, setiap kali anda menjana jadual yang baru, ia perlu disimpan dalam folder yang berlainan. Tetapi melalui Winjaws semua jadual yang terdahulu akan disimpan di dalam pangkalan data yang sama dan boleh diaktifkan semula melalui modul . Di samping itu dalam DMH-Jaws, sistem membentuk banyak fail-fail pangkalan data yang kadangkala sukar diuruskan. Namun dalam Winjaws, pangkalan data hanya terdiri dari satu fail sahaja. Oleh itu pengguna boleh membuat backup dengan mudah.
  • Networking : DMH-Jaws tidak menyokong networking. Winjaws menyokong networking dan ini memudahkan pengguna untuk melihat jadual dari mana-mana klien dalam rangkaian. Networking yang paling murah adalah dengan menggunakan Microsoft Networks yang sedia terdapat dalam Windows95 dan 98. Setiap komputer dalam rangkaian perlu disambungkan dengan kabel co-axial ( RM5 / meter) dan Kad network ( RM 80/ seunit). Satu daripada komputer dalam rangkaian tadi (biasanya dengan kuasa tertinggi) di jadikan Pelayan (Server) dan ia akan melayan komputer-komputer lainnya (Klien) melalui HUB ( RM 400 bergantung kepada jenama,bilangan port dan kelajuan).Jadi anda boleh lihat sekarang bagaimana harga perisian sebenarnya adalah jauh lebih murah dari harga hardware.... Nasihat saya... belilah perisian yang asli!!!!
  • Cetak: DMH-Jaws tidak menyokong pencetak laser. Winjaws menyokong segala jenis pencetak yang serasi dengan Windows.Kebanyakan laporan akan di eksport ke hamparan Excel. Ini membolehkan pengguna untuk mencetak, melukis graf atau mengeksport ke format yang lain..

Begitulah sebahagian dari kelebihan Winjaws berbanding dengan DMH-Jaws. Adalah diharapkan tuan/puan akan dapat mengoptimumkan penggunaan perisian ini di dalam pengurusan jadual waktu di sekolah tuan/puan.

Microsoft Access ,Windows 95, 98 and ME are registered trademarks for Microsoft Corporation.