LAPORAN ADAB BELAJAR
1. Pengenalan
Laporan Adab Belajar adalah satu jenis laporan yang komprehensif dan menyeluruh dari pihak sekolah kepada ibubapa/penjaga mengenai seseorang murid. Selama ini kebanyakan sekolah hanya memberi laporan prestasi akademik dan sedikit ulasan guru kelas dan Pengetua/Guru Besar terhadap seseorang murid yang direkodkan ke dalam kad kemajuannya. Melalui ISIS, Laporan Adab Belajar akan merangkumi bahagian-bahagian seperti dalam jadual di bawah :
| Bahagian | Kandungan | Contoh output |
| 1.Laporan Guru Kelas | 1.1 Sahsiah | Klik di sini untuk melihat contoh output |
| 1.2 Penglibatan murid dalam kokurikulum | ||
| 1.3 Pencapaian khas | ||
| 1.4 Kehadiran dan ulasannya | ||
| 2.Laporan Pengetua/ Guru Besar | Dinyatakan secara umum | |
| 3. Laporan Guru Mata pelajaran | 3.1 Berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh sekolah | Klik di sini untuk melihat contoh output |
| 3.2 Pandangan umum Guru Mata pelajaran | ||
| 4. Slip keputusan | Klik di sini untuk melihat contoh output |
Semua pelaporan di atas akan dieksport ke dalam dokumen Word untuk memudahkan pencetakan.
2. Langkah-langkah menyediakan Laporan Adab Belajar
Terdapat dua kaedah memasukkan
laporan ini ke dalam pangkalan data Isis.
Kaedah I : ( On-line)

Guru-guru menaipkan terus laporan melalui modul yang telah disediakan di dalam perisian ISIS. Kaedah ini sesuai digunakan sekiranya pangkalan data ISIS disambungkan kepada banyak komputer klien dalam satu rangkaian ( Local Area Network ). Guru-guru boleh memasukkan maklumat pelaporan serentak dari terminal-terminal yang berasingan.
Untuk memudahkan pengisian laporan, mereka boleh menyediakan 'glossary'
pelaporan melalui modul yang disediakan dan hanya perlu memilih
pelaporan-pelaporan yang tedapat dalam 'glossary' . Oleh itu guru-guru tidak
perlu menaipkan ayat yang serupa setiap kali menyediakan laporan kepada pelajar
yang berlainan tetapi mempunyai kategori pencapaian yang hampir serupa.
'Glossary' ini bolehlah dianggap sebagai satu bank laporan yang mana bilangannya
akan berkembang dari masa ke semasa.
Sewaktu menyediakan laporan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan pelajar tersebut akan dipaparkan. Maklumat-maklumat yang boleh dipaparkan adalah :
Graf garis pencapaian pelajar ( warna biru muda ) dalam sesuatu subjek dibandingkan dengan min markah pencapaian pelajar-pelajar dalam tingkatan (warna merah ) untuk subjek berkenaan.Nilai min markah ini dikira secara automatik oleh ISIS sewaktu anda memproses markah .Ini boleh memberi gambaran tepat pencapaian pelajar kerana ketinggian markah ujian biasanya bergantung kepada darjah kesukaran soalan. Sekiranya soalan sukar, pelajar-pelajar akan memperolehi markah yang rendah dan sebaliknya. Yang penting di sini adalah sekiranya pelajar tersebut memperolehi markah lebih dari min tingkatan, maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa beliau adalah seorang pelajar yang baik pencapaiannya dalam subjek berkenaan. Semakin jauh ke atas jarak garisan biru daripada merah menunjukkan beliau lebih menguasai subjek berkenaan berbanding pelajar-pelajar di tingkatan yang serupa.
Sekiranya guru-guru menekan butang
Info,ISIS akan memaparkan semua maklumat berkaitan dengan pelajar berkenaan
seperti Biodata, Rekod Disiplin dan Rekod Pencapaian Kokurikulum seperti di
bawah :
Kaedah 2, (Off-line)
Kaedah ini sesuai digunakan untuk sekolah-sekolah yang belum mempunyai Local Area Network (LAN). Melalui kaedah ini, ISIS akan menyediakan dokumen word kosong kepada setiap guru kelas (klik di sini untuk contoh ) atau guru subjek ( klik di sini untuk contoh) yang boleh dipindahkan ke dalam disket. Guru-guru kemudiannya boleh mengisi maklumat-maklumat yang berkaitan melalui disket melalui mana-mana komputer samada di sekolah atau di rumah. Setelah selesai, ISIS akan menyedut semula maklumat-maklumat yang telah ditaipkan ke dalam disket untuk mengemaskini maklumat pangkalan data utama ISIS.