DMH Software:: Integrated Student Information System



Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas minat anda terhadap perisian ini.
Sebenarnya, perisian ini adalah naiktaraf perisian DMH-Exam yang telah digunakan oleh banyak sekolah di Malaysia.
Antara perubahan ketara yang terdapat dalam Isis berbanding dengan DMH-Exam adalah

  • Operating System :Isis adalah perisian yang ditulis untuk Windows Operating System (Windows 95,98,ME ) manakala DMH-Exam ditulis untuk DOS. Oleh itu Isis adalah lebih mesra pengguna dan menggunakan banyak GUIs (Guided User Interfaces) sepertimana yang terdapat di dalam kebanyakan perisian Windows.
  • Pangkalan Data :Pangkalan data yang digunakan dalam DMH-Exam adalah dari jenis 'flat files' tetapi untuk Isis kami telah memperkenalkan RDBMS (Relational Database Management System) melalui penggunaaan pangkalan data Microsoft Access. Seperti yang anda sedia maklum, sewaktu anda menggunakan DMH-Exam, nama pelajar perlu ditaipkan pada setiap awal tahun, tetapi dalam Isis nama pelajar hanya perlu dimasukkan sekali sahaja sepanjang pelajar tersebut masih berada di sekolah. Di samping itu dalam DMH-Exam, sistem membentuk banyak fail-fail pangkalan data yang kadangkala sukar diuruskan. Namun dalam Isis, pangkalan data hanya terdiri dari satu fail sahaja. Oleh itu pengguna boleh membuat backup dengan mudah.
  • Networking : DMH-Exam tidak menyokong networking. Isis menyokong networking dan ini memudahkan pengguna untuk memasukkan markah peperiksaan. Networking yang paling murah adalah dengan menggunakan Microsoft Networks yang sedia terdapat dalam Windows95 dan 98. Setiap komputer dalam rangkaian perlu disambungkan dengan kabel co-axial ( RM5 / meter) dan Kad network ( RM 80/ seunit). Satu daripada komputer dalam rangkaian tadi (biasanya dengan kuasa tertinggi) di jadikan Pelayan (Server) dan ia akan melayan komputer-komputer lainnya (Klien) melalui HUB ( RM 400 bergantung kepada jenama,bilangan port dan kelajuan).Jadi anda boleh lihat sekarang bagaimana harga perisian sebenarnya adalah jauh lebih murah dari harga hardware.... Nasihat saya... belilah perisian yang asli!!!!
  • Cetak: DMH-Exam tidak menyokong pencetak laser. Isis menyokong segala jenis pencetak yang serasi dengan Windows.Kebanyakan laporan akan di eksport ke hamparan Excel. Ini membolehkan pengguna untuk mencetak, melukis graf atau mengeksport ke format yang lain.
  • Purata Nilai Gred : Sistem Purata Nilai Gred telah mula popular di sekolah-sekolah di Malaysia. Maktab Rendah Sains Mara contohnya telah memperkenalkan sistem ini sejak dahulu lagi dan didapati berkesan untuk menghalang budaya belajar pada saat akhir di kalangan pelajar. Markah-markah ujian bulanan boleh dimasukkan terus ke dalam pangkalan data melalui sistem ini dan anda boleh memilih opsyen supaya pencapaian dalam ujian juga perlu diambil kira dalam keseluruhan markah peperiksaan yang lebih besar seperti Pertengahan dan Akhir Tahun.
  • Bersepadu : Isis telah menggabungkan modul peperiksaan dengan pelbagai modul lain yang seperti maklumat pelajar, disiplin, kokurikulum dan asrama.

Begitulah sebahagian daripada kelebihan-kelebihan Isis berbanding dengan DMH-Exam. Adalah diharapkan tuan/puan akan dapat mengoptimumkan penggunaan perisian ini di dalam pengurusan peperiksaan di sekolah tuan/puan.

Windows 95, 98 and ME are registered trademarks for Microsoft Corporation.